Rabu, 25 Januari 2012

Manfaat Stres untuk orang beriman..

  Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya,stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia..
  Allah berfirman yang bermaksud;- "Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah dan gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil." (Surah Al-Ma'arij; 19-21)
  Stres bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan ia akan menyebabkan pelbagai masalah.
 
  Eustres vs Distres
  Pakar-pakar telah membahagikan stres kepada dua iaitu eustres dan distres. Eustres apabila ia terkawal dan membawa manfaat. Manakala distres apabila ia berlebihan dan membawa mudarat.
  Cabaran kita ialah bagaimana untuk mendapat manfaat daripada stres dan menolak mudaratnya daripada hati kita?.. Allah berfirman yang bermaksud ;"Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwanya. Dan rugilah mereka yang mengotorinya." (Surah al-Shams 91;9-10)
   Sebenarnya, Allah mencipta stres untuk manusia bagi meningkatkan tumpuan minda terhadap sesuatu tugasan. Ia juga satu mekanisme yang berlaku dalam tubuh manusia untuk bersedia menghadapi sebarang situasi yang mencabar dari luar. Secara saintifik, apabila berlaku stres, medulla oblongata akan merembeskan hormon adrenalin dan kelenjar adrenal akan mengeluarkan hormon kortisol. Bekalan darah lebih akan dihantar ke otot berbanding ke sistem penghadaman.
   Ya, begitulah sistematiknya pengaturan Allah pada tubuh manusia. Begitu kompleks tetapi sangat teratur. Ini membuktikan bahawa misinya sebagai hamba Allah dan Khalifah menyebabkan manusia dikurniakan pelbagai keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.
    Apa yang akan berlaku jika hidup manusia sunyi daripada stres?. Telah terbukti tanpa stres hidup manusia akan menjadi bosan. Sekiranya itu berlaku, prestasi kerja akan menurun. Hanya dengan stres yang terkawal,prestasi kerja akan mencapai tahap optimum.


Khamis, 17 November 2011

Mengapa Rindu ini Kian Mendalam..

Padamu ku mengharap kasih..
Padamu ku mencurah lautan sayang..
Padamu ku abadikan kenangan..
Padamu ku timba pengalaman..
Tiap saat ku lalui mengharap kehadiranmu..
Fikiran melayang jaoh hingga terbuai mimpi..
Kehadiranmu membuat diriku mulai memahami..
Pengalaman mampu membuatku lebih matang..
Kehadiranmu mengajar ku erti sabar..berfikiran positif..bersikap lebih dewasa..
Namun aku keliru..
Harus bagaimana aku hadapi..
Kau hadir sebagai persinggahan..
Disudut hati ini tersemat hanyalah kamu..
Tetapii...
Harus ku ingat...
Kamu milik perigi yg berjaya disaut olehmu wahai timba..
Kau hadir tatkala perigimu tandus..
Kau pergi tinggalkan aku tatkala timbamu penuh..
Kasihmu curahkan sungguh sukar bagiku lupus..
Harus apa yg ku perlu bertindak..
Adakah aku seorang perampas?..
Apa yg telah aku rampas?..
Kasih?..sayang?...
Pada aku tiada apa yg dirampas..
Setiap kasih n sayang y dicurahkan tlh ditentukn..
Lain bunga lain tangkainya..
Aku tiada sesekali mencuba utk merampas..
Soal hati n perasaan ku serah pd Yg Maha Pencipta..
Jika tidak dititipkan sekelumit rasa sayang n suka..
Didalam hati tidak akan ada tindakbalasnya..
Cinta tidak akan hadir..
Tanpa izin Yg Maha Hebat menciptakan rasa yg begitu halus..
Untuk tafsirkan oleh manusia..
Menilai baik buruk disebaliknya..
Kerana manusia yg mengemudikannya mengikut hati..
Jika biji benih yg jatuh ke tanah yg tandus rosakla ia..
Jika jatuh ia di lautan suci subur la ia..
Diri sendiri yg bertanggungjawab meneroka rasa yg dititipkan kedalam hati..
Hati yg dianugerah..
Usahla terlalu mengikut hati..
Takot nanti menyesal di kemudian hari..
Tetapiii...
Kita...Tidak dapat lariiii...
Dariiii bisikan syaitan...
Tanpa iman yg kukuh...
Rebahla kita tersungkur..

Jika rebah..
Bangunla dan mulainya dgn bertatih kembali..

Bina kembali berlandaskan Keimanan.......

Pimpinla aku tatkala aku terleka.....

Tunjukan aku jalan andai aku terbabas...
Bimbingla aku andai jatuh tersungkur....


Selasa, 15 November 2011

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
 
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

Aku Kecewa..dgn sikapmu..wahai lelaki..

Entah kenapa dgn hati ini..

Tatkala memikirkan tentang lelaki..
Aku binggung..
Setiap kali hati berbicara..
Memberi kepercayaan terhadap lelaki ..
Hati aku terasa dipermainkan..

Setiap kali diri ini membuka hati..
Ku cuba untuk berhati2..
tetapi..
Sejak dirimu ku kenali..
Hidup jadi makin tidak tentu arah..
Setiap kali hati ini ingin melupai..
Dirimu hadir tanpa paksaan..
Hadirmu bersame janji..
Janji y xpernah dirimu tepati..
Aku tidak pula mengharap..
Pada hatimu ku terperangkap..

Betapa hebatnya permainanmu..
Hingga aku sendiri alpa n lalai..
Padamu ku mengharap bukan kasih dan bukan sayang..
Tetapiii..
Ajaran dan tunjuk ajar yang betol kupintai..
Tetapiii..
Diriku tertipu..
Tertipu dgn helahmu yg pandai menabur kata janji..
Kerana itu kasih n rase sayang mulai meresap kedlm jiwa ini..
Semakin susah utk ku mengusir..
Aku sedaye upaye ku menghalau rase y menggangu..

Tetapiiii...
Aku lemah..
Kekuatan aku hilang ntah kemane..
Fikiran menerawang hingga membawa kealpaan..
Sekarang yang ku harapkan hanya satu..
Moga diberi ku akan kekuatan hati..
Melepaskan ape yg aku sayangiii..

Tetapiiii..
Berjayakah aku..
Kerana aku terhutang budi darimu..
Aku harap..
Tiade yang tersalah sangka..
Aku bukan merampas..
Ape yg menjadi milik org..
Tetapiii...
Salahkah aku?...
Tak salah kah dia??..
Pokok tidak akan bergoyang..
Jika tiade angin yg menggoyangkannye..
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..

Isnin, 31 Oktober 2011

Appointment..

Semalam 30.10.11 aku ade temujanji dgn doc.. Cuaca hujan dr awal pg lg.. aku mula risau krn memikirkan bagaimana aku nak pegi klinik.. aduyaiii.. nak naik motor sah2 la aku akan basah.. tunggu punyer tunggu tak jgk berhenti.. temujanji pukul 9 pagi.. jam ditangan dh hampir jam 9.. mujurla aku punyer member ajak pegi dgn dia.. awalnya aku ajak dia pegi dgn motor aku je.. memandangkan hujan menandakan tidak mahu berhenti aku akur je.. sebenarnya aku tak mahu pegi dgn dia krn aku tak mahu menyusahkan sesiapa.. biarlah aku yg tanggung walau sesusah n sepahit mane pun terpaksa aku tempuhi sendirian..

Sampai je kat klinik ermmm aku terlewat.. disambut dgn nurse kat situ.. huhuuu... n terus masuk maka bermulalah proses rawatan.. pengalaman yg tak dapat aku lupakan buat kali kedua aku kena injection first rawatan aritu kena 4 suntikan kali ni 8 suntikan mak oiii meleleh airmata aku.. sakittt yg teramat sangat.. tak dapat nak di bayangkan.. memang pengalaman peritla bagi aku.. huhuuu..


Sempat lg amik pic..huhuu

Proses rawatan kali ini memakan masa yang lama jgk laa.. hampir sejam aku kat atas kerusi rawatan.. kesian kat member aku yang terpaksa menunggu kat luar n terpaksa ponteng class mandarin ketika itu jam 12tgahari.. Kesian kat dia dahla menunggu aku lama pastu terpaksa ponteng class.. aku rasa sangat2 bersalah la plk.. ape2 pun aku amat berterima kasihla padanya.. krn banyak menyusahkan.. kalo boley aku xnak susah-susahkan sesiapa..Selesai je rawatan aku dinasihatkan supaya tidak makan-makanan yang keras kerana bridging yang dibuat hanya untuk sementara sebelum yang real aku siap.. terpaksalah aku berpantang buat masa yang lama jgk la coz kena tunggu dalam masa sepuluh hari.. sampel nak kena hantar ke KL untuk disiapkan.. agak-agak makan masa dalam 2 minggu jgk la.. dalam tempoh itu aku dinasihatkan supaya berhati-hati takot nanti berlaku kerosakan..ermmm.. berpantang makanla aku ye..huhuuu macam orang sakit plk rasa..

Rawatan yang aku buat tak diberitahu pd mylurve coz aku rasa xperlulah rasanya aku bagitahu coz aku tahu dia tgh bz outstation kat luar ngara urusan keje.. tapi bila difikirkan knp aku xbagitahu je.. coz semua ni dia yang mahukan sepatutnya aku bagitahu padanya sepatah.. mungkin lbh baik xbagitahu bukan ape aku takot orang lain yang baca msj..huhuuuu ermmmm kan bez law dia dapat temani aku time buat rawatan coz dia banyak pengalaman ape2 yang terjadi dia dapat perjelaskan or tanya dgn doc ape yang perlu.. kalo nak harapkan aku.. ermmm sampai bile2 pun aku xtanye dgn doc ape yang perlu dibuat semasa proses rawatan..
lepas proses rawatan aku masih xjumpa dia lagi.. coz bz.. aku xsabar2 nak jumpa dia tp keadaan tidak mengizinkan untuk berjumpa.. gg pun makin sakit.. pipi makin bengkak.. buat rawatan yang lain yang lain plk yang sakit aduhaii.. aku punyer bajet pom dah kurang.. nak buat rawatan lg tunggula selesai satu persatu.. 2 minggu lagi aku punyer appointment terakhir untuk memasang bridging yang real.. sabor menunggu huhuuu.. ni semua untuk permintaan nya..

                                          Harini bengkak gusi coz gg lain sakit..hahaaa

Rabu, 26 Oktober 2011

Waktu..




"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan... 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi... 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan... 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan... 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti... 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan... 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...



Selasa, 25 Oktober 2011

Tawar Hati..

Semakin hari semakin suram..
Seperti ombak menghempas pantai..
Sayang kasih seakan tenggelam..
Kasih yg kusemai dilanda badai..

Apa yang kuharapkan kian terkubur..
Antara kita tiada penghujung..
Keikhlasan ku kecewa tersungkur..
Pergilah kasih pergila sayang..

Ku sangka timba belum disaut..
Rupanya perigi dah lama berombak..
Ku rasa hati telah  terubat..
Akhirnya jiwa kian dirobek..

Tiap Hari ku mengharap keikhlasan diri..
Melayang jauh hingga terleka ..
Akhirnya yg kudapat hanya sekilas sepi..
Kasihmu makin pudar n tak bermakna..