Khamis, 17 November 2011

Mengapa Rindu ini Kian Mendalam..

Padamu ku mengharap kasih..
Padamu ku mencurah lautan sayang..
Padamu ku abadikan kenangan..
Padamu ku timba pengalaman..
Tiap saat ku lalui mengharap kehadiranmu..
Fikiran melayang jaoh hingga terbuai mimpi..
Kehadiranmu membuat diriku mulai memahami..
Pengalaman mampu membuatku lebih matang..
Kehadiranmu mengajar ku erti sabar..berfikiran positif..bersikap lebih dewasa..
Namun aku keliru..
Harus bagaimana aku hadapi..
Kau hadir sebagai persinggahan..
Disudut hati ini tersemat hanyalah kamu..
Tetapii...
Harus ku ingat...
Kamu milik perigi yg berjaya disaut olehmu wahai timba..
Kau hadir tatkala perigimu tandus..
Kau pergi tinggalkan aku tatkala timbamu penuh..
Kasihmu curahkan sungguh sukar bagiku lupus..
Harus apa yg ku perlu bertindak..
Adakah aku seorang perampas?..
Apa yg telah aku rampas?..
Kasih?..sayang?...
Pada aku tiada apa yg dirampas..
Setiap kasih n sayang y dicurahkan tlh ditentukn..
Lain bunga lain tangkainya..
Aku tiada sesekali mencuba utk merampas..
Soal hati n perasaan ku serah pd Yg Maha Pencipta..
Jika tidak dititipkan sekelumit rasa sayang n suka..
Didalam hati tidak akan ada tindakbalasnya..
Cinta tidak akan hadir..
Tanpa izin Yg Maha Hebat menciptakan rasa yg begitu halus..
Untuk tafsirkan oleh manusia..
Menilai baik buruk disebaliknya..
Kerana manusia yg mengemudikannya mengikut hati..
Jika biji benih yg jatuh ke tanah yg tandus rosakla ia..
Jika jatuh ia di lautan suci subur la ia..
Diri sendiri yg bertanggungjawab meneroka rasa yg dititipkan kedalam hati..
Hati yg dianugerah..
Usahla terlalu mengikut hati..
Takot nanti menyesal di kemudian hari..
Tetapiii...
Kita...Tidak dapat lariiii...
Dariiii bisikan syaitan...
Tanpa iman yg kukuh...
Rebahla kita tersungkur..

Jika rebah..
Bangunla dan mulainya dgn bertatih kembali..

Bina kembali berlandaskan Keimanan.......

Pimpinla aku tatkala aku terleka.....

Tunjukan aku jalan andai aku terbabas...
Bimbingla aku andai jatuh tersungkur....


Selasa, 15 November 2011

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
 
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

Aku Kecewa..dgn sikapmu..wahai lelaki..

Entah kenapa dgn hati ini..

Tatkala memikirkan tentang lelaki..
Aku binggung..
Setiap kali hati berbicara..
Memberi kepercayaan terhadap lelaki ..
Hati aku terasa dipermainkan..

Setiap kali diri ini membuka hati..
Ku cuba untuk berhati2..
tetapi..
Sejak dirimu ku kenali..
Hidup jadi makin tidak tentu arah..
Setiap kali hati ini ingin melupai..
Dirimu hadir tanpa paksaan..
Hadirmu bersame janji..
Janji y xpernah dirimu tepati..
Aku tidak pula mengharap..
Pada hatimu ku terperangkap..

Betapa hebatnya permainanmu..
Hingga aku sendiri alpa n lalai..
Padamu ku mengharap bukan kasih dan bukan sayang..
Tetapiii..
Ajaran dan tunjuk ajar yang betol kupintai..
Tetapiii..
Diriku tertipu..
Tertipu dgn helahmu yg pandai menabur kata janji..
Kerana itu kasih n rase sayang mulai meresap kedlm jiwa ini..
Semakin susah utk ku mengusir..
Aku sedaye upaye ku menghalau rase y menggangu..

Tetapiiii...
Aku lemah..
Kekuatan aku hilang ntah kemane..
Fikiran menerawang hingga membawa kealpaan..
Sekarang yang ku harapkan hanya satu..
Moga diberi ku akan kekuatan hati..
Melepaskan ape yg aku sayangiii..

Tetapiiii..
Berjayakah aku..
Kerana aku terhutang budi darimu..
Aku harap..
Tiade yang tersalah sangka..
Aku bukan merampas..
Ape yg menjadi milik org..
Tetapiii...
Salahkah aku?...
Tak salah kah dia??..
Pokok tidak akan bergoyang..
Jika tiade angin yg menggoyangkannye..
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..

Isnin, 31 Oktober 2011

Appointment..

Semalam 30.10.11 aku ade temujanji dgn doc.. Cuaca hujan dr awal pg lg.. aku mula risau krn memikirkan bagaimana aku nak pegi klinik.. aduyaiii.. nak naik motor sah2 la aku akan basah.. tunggu punyer tunggu tak jgk berhenti.. temujanji pukul 9 pagi.. jam ditangan dh hampir jam 9.. mujurla aku punyer member ajak pegi dgn dia.. awalnya aku ajak dia pegi dgn motor aku je.. memandangkan hujan menandakan tidak mahu berhenti aku akur je.. sebenarnya aku tak mahu pegi dgn dia krn aku tak mahu menyusahkan sesiapa.. biarlah aku yg tanggung walau sesusah n sepahit mane pun terpaksa aku tempuhi sendirian..

Sampai je kat klinik ermmm aku terlewat.. disambut dgn nurse kat situ.. huhuuu... n terus masuk maka bermulalah proses rawatan.. pengalaman yg tak dapat aku lupakan buat kali kedua aku kena injection first rawatan aritu kena 4 suntikan kali ni 8 suntikan mak oiii meleleh airmata aku.. sakittt yg teramat sangat.. tak dapat nak di bayangkan.. memang pengalaman peritla bagi aku.. huhuuu..


Sempat lg amik pic..huhuu

Proses rawatan kali ini memakan masa yang lama jgk laa.. hampir sejam aku kat atas kerusi rawatan.. kesian kat member aku yang terpaksa menunggu kat luar n terpaksa ponteng class mandarin ketika itu jam 12tgahari.. Kesian kat dia dahla menunggu aku lama pastu terpaksa ponteng class.. aku rasa sangat2 bersalah la plk.. ape2 pun aku amat berterima kasihla padanya.. krn banyak menyusahkan.. kalo boley aku xnak susah-susahkan sesiapa..Selesai je rawatan aku dinasihatkan supaya tidak makan-makanan yang keras kerana bridging yang dibuat hanya untuk sementara sebelum yang real aku siap.. terpaksalah aku berpantang buat masa yang lama jgk la coz kena tunggu dalam masa sepuluh hari.. sampel nak kena hantar ke KL untuk disiapkan.. agak-agak makan masa dalam 2 minggu jgk la.. dalam tempoh itu aku dinasihatkan supaya berhati-hati takot nanti berlaku kerosakan..ermmm.. berpantang makanla aku ye..huhuuu macam orang sakit plk rasa..

Rawatan yang aku buat tak diberitahu pd mylurve coz aku rasa xperlulah rasanya aku bagitahu coz aku tahu dia tgh bz outstation kat luar ngara urusan keje.. tapi bila difikirkan knp aku xbagitahu je.. coz semua ni dia yang mahukan sepatutnya aku bagitahu padanya sepatah.. mungkin lbh baik xbagitahu bukan ape aku takot orang lain yang baca msj..huhuuuu ermmmm kan bez law dia dapat temani aku time buat rawatan coz dia banyak pengalaman ape2 yang terjadi dia dapat perjelaskan or tanya dgn doc ape yang perlu.. kalo nak harapkan aku.. ermmm sampai bile2 pun aku xtanye dgn doc ape yang perlu dibuat semasa proses rawatan..
lepas proses rawatan aku masih xjumpa dia lagi.. coz bz.. aku xsabar2 nak jumpa dia tp keadaan tidak mengizinkan untuk berjumpa.. gg pun makin sakit.. pipi makin bengkak.. buat rawatan yang lain yang lain plk yang sakit aduhaii.. aku punyer bajet pom dah kurang.. nak buat rawatan lg tunggula selesai satu persatu.. 2 minggu lagi aku punyer appointment terakhir untuk memasang bridging yang real.. sabor menunggu huhuuu.. ni semua untuk permintaan nya..

                                          Harini bengkak gusi coz gg lain sakit..hahaaa

Rabu, 26 Oktober 2011

Waktu..




"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan... 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi... 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan... 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan... 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti... 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan... 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...



Selasa, 25 Oktober 2011

Tawar Hati..

Semakin hari semakin suram..
Seperti ombak menghempas pantai..
Sayang kasih seakan tenggelam..
Kasih yg kusemai dilanda badai..

Apa yang kuharapkan kian terkubur..
Antara kita tiada penghujung..
Keikhlasan ku kecewa tersungkur..
Pergilah kasih pergila sayang..

Ku sangka timba belum disaut..
Rupanya perigi dah lama berombak..
Ku rasa hati telah  terubat..
Akhirnya jiwa kian dirobek..

Tiap Hari ku mengharap keikhlasan diri..
Melayang jauh hingga terleka ..
Akhirnya yg kudapat hanya sekilas sepi..
Kasihmu makin pudar n tak bermakna..

Ahad, 23 Oktober 2011

Hari y Sangat bermakna..

Hari ini ari yng melakar sejarah dlm hidup ku.. Aku dicabar untuk memasak.. hahaa.. masak.. masak.. bukan xpandai masak tp xpernah lg aku memasak sesuatu untuk tetamu.. or org lain.. yg aku masak just untuk org dalam rumah shj.. tu pom biasa2 biasa shj la.. aku ni memang xpandai masak.. kalo kat umah hentam sj la xpe coz xde siape pom kat umah habis2 pom adik aku je yang makan dgn sepupu2.. ermmm ni lah kelemahan aku yang paling dasyat huhuu aku memang xpandai masak ... ok... haahaa malangla kowt sapa dapat aku.. tp waktu ni la.. mungkin next time y akan datang dah pandai masak la kowt.. aku xde masa lg nk try masak yg utk dijamu pd tetamu.. ermmm.. bila la agaknya ye.. bukan aku xtringin nak masak bg orang makan tipula kalo xde prasaan nak pandai n terer dlm bab masak memasak ni.. mungkin kerana aku duduk diasrama kowt dari sekolah menengah lg jd masa yang ade just balik ari minggu je.. itu pom balik kejap2 je.. sibuk dengan keje lain.. xsempat nak belajar dengan mak.. mungkin aku ni xrajin kowt.. tp aku suka masak untuk minum pg.. minum petang n minum malam.. heheehee suka sangat.. buat pancake.. kek.. buat puding hahhh mcm tu aku pandaila kalo buat lauk memang faile..

Satu lg hal yg sangat penting arini ialah aku disuruh "to be a women" fuhhh.. dasyat.. alahai kamu ni agak2 la.. aku memang pompuan pun tulen lg suci bersih.. aku bukan lelaki.. kamu menilai aku dari segi pemakaian shj.. kamu masih tidak kenal lg aku sedalam-dalamnya.. ermmm.. dah nak masuk 3tahun kowt kita kenal.. mungkin kerana kesuntukkan masa n kita terbatas krn jarak n keadaan membuatkan kamu masih tidak kenal aku sedalam-dalamnya.. pemakaian aku je y kearah lelaki tp isi hati aku xde siapa yang mengerti termasuk la kamu sendiri.. aku memilih begini kerna aku selesa coz aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.. bukan aku tak pakai lansung bj pompuan at least aku pakai jgk bj kurung.. tp bila aku berbaju kurung rase pelik sgt.. ermmm.. xselesa sangat.. aku just simple.. aku xsuka berhias yang sangat2.. aku lebih selesa dgn kemeja n tshirt aku.. nk kemane2 senag je.. tp pilih tempat n majlisla jgk xkan semua tempat nk pkai mcm lelaki je.. aku masih waras lg laa.. ermmm xde siape mengerti tentang aku..

N y Last sekali.. kamu cakap kamu nak jaga aku.. aku berterima kasihla sangat2 kat kamu.. bertuah rasa bila ada orang nak jaga kita,.. tapi adakah ia untuk selamanya atau untuk seketika sahaja???.. persoalan ini kamu n aku tiada jawapan nya.. yg tentukan adlh Y Maha Kuasa.. ape shj yang kamu lakukan adlh kehendak Yg Maha Kuasa yg mengaturkan setiap kejadian.. aku terima seadanya sebarang kemungkinan yang datang.. krn kamu mengajar aku untuk bersabar.. kamu mengajar aku bagaimana hendak menjadi seorang wanita.. kamu mengajar aku dlm byk perkara.. kamu mengajar aku untuk menerima hakikat semua telah ditentukan oleh Allah s.w.t.. Kamu banyak memberi ilmu pengetahuan yang aku sendiri kadang2 terlepas pandang.. kamu selalu berpesan pd aku.. antara kita jgn difikirkan sangat krn nt jika berlaku sesuatu keputusan yang tidak dapat di terima,,kamu takot aku tidak dpt melawan perasaan.. kamu bagitahu aku.. jika tiada jodoh antara kita mungkin Allah s.w.t menghadirkan kamu dlm hidup aku untuk mengajar aku erti kehidupan.. n mungkin aku hanya dipinjam kan hanya untuk seketika buatmu sebagai tempat bagi aku menimba ilmu.. ape pom boley terjadi n jika ia berlaku anggap shj ia sebagai kelebihan yang aku dapat untuk bertindak lebih matang..

Thanks to mylurve.. biarpun sesetengah orang sekeliling yg tahu tentang phubungan kita memandang rendah  pd hubungan kita ini aku tetap tidak akan tergugat.. biarla ape org nk kate asal tindakan aku tidak menyusahkan sesiapa.. tindakan aku menyayangi mu yg pada mata kasar tidak masuk akal n mustahil akan kekal jika ia diteruskan hingga ke jinjang pelamin.. tp aku harap ia xmustahil.. ape pom boley blaku jika ia dengan izin Allah s.w.t.. aku hanya mampu berserah yang menentukan baik n buruk adalah Yg Maha Kuasa n bukan nya manusia.. n bukan manusia yg menghukum manusia yg lain.. manusia xberkuasa untuk mengawal ape yg tidak boley dikawal ..

*Harap antara kita berpanjangan hendaknya..

Dentist..oohh Dentist..

Arini aku ke klinik gg utk buat rawatan gg.. First aku pegi servey klinik dhulu coz permintaan seseorang yg nk aku buat kat klinik cina.. aku pom pegila tanyer kat klinik gg cina.. tempat dia ok menarik mungkin dia punyer servis terbaikla kowt.. Aku terus bertanyekan tentang rawatan yg aku khendaki... dengar je jwapan dari doc huhhh terkejut giler aku kos buat bridging 4ribu beb.. haisshh mcmane la tu agaknya dia punyer kualiti.. terbaikla kowt.. andai aku punyer duit sebanyak itu.. boley la buat bukan ape bukan nak membazir duit ke ape biasanya kalau mahal mesti la yg terbaik kan??.. tp ade kalanya yg mahal pom ntah ape2 jgk servis dia..


Oleh sebab xcukup bajet aku pegila ke klinik yang lain kos dia kurangla sikit..Perkhidmatan dia mcm xteraturla sikit macam kalut sangat.. doc sorang pelanggan ramai nk kena handle dalam satu2 masa mak oiii jika berlaku kesilapan habis laa.. xsakit doc tp kita pelanggan.. tp nk buuat macamana kan.. terbaikla jgk kowt layanan ntahla.. ok la.. td just buat ukuran je untuk bridging.. nextweek 30.10.11 ari ahad 9 pg temujanji yang seterusnya.. tp untuk bridging yang sementara dahulu.. yang betul2 punyer akan siap selepas sepuluh ari coz sampel nk kena hantar KL dulu.. ermmm.. lamenya menunggu.. xsanggup rasanya.. aku harap bila dah siap buat bridging ni aku dapat kembalikan keyakinan ku yang hilang setelah sekian lama.. kadang-kadang aku malu dengan kawan-kawan.. ermmm itulah xjaga sangat kesihatan.. bukan xjaga tp ni lah padahnya jika sakit sikit xnak pegi buat rawatan.. asyik2 tunda..tunda..nanti..nanti..xde duit.. ermmm macam2 alasan lagi.. bila dah jd mcm ni banyak pulak kos n masalah timbul nak perbaik balik..


Tq for mylurve coz sntiasa bagi sokongan untuk aku.. aku berterima kasih banyak2.. n aku mintak maaf banyak2 coz degil xdengar cakap bila kamu beri nasihat.. ermmm.. mcm tu la aku.. trime kasih kerana menjaga aku.. n stakat hari ini kamu tidak jemu2 memberi nasihat.. harap semua ni kekal selamanya..kang bagus jika kamu dapat menemani aku buat rawatan.. hehee >gatal< bukan ape sj nak berteman.. ermm kang best jika aku mampu perolehi masa mu ketika itu.. 
terime kasih juga pada member aku yang menemani aku pegi klinik pg td..hehehee bukan xboley pegi sorang tp sengaja nk menyusahkan.. hihii maaf ye...


Nextweek pd 30.10.11 9 pg.. veryscary.. harap segala proses berjalan lancar.. Aaaminn.. InsyaAllah..

Khamis, 20 Oktober 2011

TeRaSa SuNyI..sEpI...KeSeOrAnGaNnN..

Kenapa aku sering terasa sunyi..
Tiap saat n waktu ku terasa kosong...
Aku ingin lari dari rasa yang menyelubungi..
Tapi aku tidak terdaya utk menghalang..
Hari-hariku lalui penuh kesabaran hati..
Walau penuh dgn ranjau berliku merintang..
Masa y ada terus merentasi..
Namun aku masih lg mencari kemana  semangatku menghilang..



Aku sepi..
Sepi tanpa gurau senda menjergah..
Hidup tidak akan bermakna jika diri tidak menghayati..
Menghayati kehidupan yg serba indah..
Indah dgn ciptaan Ilahi..
Aku sepi tanpa teman mengalah..
Menghayati keindahan tanpa menjiwai..
Hidup perlu diteruskan walau jiwa telah patah..

Hidup keseorangan didunia sementara pasti terasa terasing..
Namun hidup keseorangan akan pasti bila jasad telah mati....

Rabu, 19 Oktober 2011

Teman..

Teman adalah kwn y pling rapat dgn seseorang.. Tanpa teman.. sunyila seseorang.. ade insan yg mungkin boleh hidup tanpa teman.. tp aku selain ibu n ayah sebagai teman rapat.. aku perlukan teman disisi untuk berkongsi masalah suka or duka.. tanpa teman aku rasa sunyi.. krn teman memainkan peranan penting.. xkirala teman baik or teman biasa.. aku seorg y blh dikire setiala pd teman rela bsusah krn ingin menjaga hati teman..Aku jenis yang susah nk berteman.. tp bila aku dah dapat teman aku cepat menyayanginya.. krn dlm bkawan kite perlu kemesraan.. pempuan n pompuanla.. laki dgn laki nt kalo lain jantina tu lain citer la ye..
Dulu aku ade teman rapat time form six.. kami berkawan mmg rapat kemane sj mesti berdua.. susah senang bersama.. makan pakai pom same kadang bertukar pakaian.. tp sekarang aku n dia dah terpisah krn jarak n masa.. walaupun masih berhubung ianya xsperti dulu.. aku sangat rindukan suasana seperti dahulu yg tidak akan aku dapat n rasai lg ketika ini.. Di sini aku terasa amat terasing.. aku tahu aku tidak secantik org lain n xsehebat org lain aku hanya manusia biasa.. xpunyer harta xpunyer rupa.. tapi aku ada sekeping hati.. hati yg ikhlas utk mpunyai teman yg blh dibawa berbincang.. Dikala aku dirundung masalah kini aku sendirian lg.. bukan tidak ade teman tp tiade teman yg betol2 memahami..seperti teman y aku dapat dahulu.. mmg susah n sukar utk aku trime hakikat apibila terpisah dgn teman2 sperjuangan aku dulu....
Aku..disini..terus menyalahkan diri sendiri krn mungkin ksilapan diri ini membuatkn aku tidak punye teman.. (teman y betol2 ting tong)mungkin aku sombong kowt.. heheheee.. rasenye x kowt.. hihii..
TeMaNkU dUnIa AkHiRaT.. TeRpIsAh kItA DiDuNiA Y SeMeNtArA...mOgA UkHuWaH kIte tEtAp tErSiMpAn mAtI dIsUdUt HaTi Y mAti....

X Ada Y Ku dPt cArI GanTi Lg...kAuLa tEmAnKu pAlInG dPeRcAyAi....

Pasrah..

Aku pasrah jika die y aku sayang n cinta selama ini pegi tiggalkan aku.. aku tahu sebab kenape.. jika die tinggalkan aku.. cinta yang kusemai selama 2tahun mungkin kan berakhir.. krn die milik org.. masa awal2 kenal pom die memang sudah milik org tetapi dirahsiakan.. sehingga cinta n sayang mula terbit.. tp knp disaat hati sudah sayang n cinta ketika itu baru dibertahu dia sudah berteman.. hati mane y xsedih n terasa.. keikhlasan yang di harap rupenye kepura-puraan y ku dapat.. Waktu itu yang aku fikirkan hanye lepaskn ia pegi.. ttpi ia xberakhir disitu.. phubungan kami diteruskn sperti biase.. krn waktu itu dia memerlukan seseorng disisinya mnemani berbual dikala sunyi.. aku seperti biasa.. dengar n dengar.. rase sayang makin menebal.. makin lame makin rapat..
Hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan akhirnya berganti tahun tanpe disedari.. akhirnya dia slamat diijabkabulkan.. nk kate sdih mmg la ade.. tp nk buat macamana dia milik org aku hanya satu persinggahan baginya ketika dilanda masalah n ketika kesunyian..
Aku ingatkan lepas je dia bergelar milik buah atinya dia akan lupakan aku terus dan aku terus dilupakan.. tp lain jadinya.. aku n dia masih berhubung waktu itu sebagai kwn biasa.. lama kelamaan.. aku n dia menjadi lbh rapat sayang terus mendalami diri ini.. untuk melupakannya makin susah.. ape nak jd dgn aku pun xtahula..sayang-sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang.. ermm begitula perumpamaannya..
Sehinngala sekarang.. setelah dia dikurniakan cahaya mata aku terus dihubungi n masih berhubungan sehingga sekarang.. disaat aku hampir membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan dia hadir dgn kata2 n janji2.. yg entah ape2.. ermmmmm.. aku seperti diluah mati emak ditelan mati bapak.. antara sayang n keputusan.. sebenarnya semua keputusan brda dtangan aku.. sebelum ini aku tidak pernah menyanyangi lelaki.. Anti lelaki la konon.. last2 tersangkut ntah macamana la boleh tersangkut.. Kuasa Allah S.W.T.. aku trime sbagai takdir mungkin dia dapat membantu aku untuk lebih matang dlm segala hal.. ape y aku harapkn tcapai.. dia mengajar aku menjadi lbh matang dlm berfikir n tindakan y aku lakukan ape y salah diperbetolkan ape y kurang ditambah n ape y xspatutnya buat..
Sekarang.. aku rasa bersalah..dgn diri ini.. aku berada dlm situasi y aku sndiri tidak faham.. antara sayang n pilihan.. hendak diputuskan xterdaya.. krn dia tidak akan meninggalkan aku slam 4tahun ini.. itu jnji nya.. dia akan menjagaku slama itu.. slpas tempoh itu br akan difikirkan untuk membuat kputusan.. aku jadi keliru.. pelbagai psoalan singgah dibenak ku y ksong ini.. yg xada jwapan pasti..
skarang aku hanya berserah.. berserah..n berserah.. bagiku ini semua telah ditakdirkan.. ade jodoh kekalla xde jodoh melepasla.. yg aku harapkan agar dia sentiasa berbahagia dgn buah ati nya n smoga tiade lg insan y hdir slepas aku dlm hidupnya..biala ia kekal dgn wife dia y skrang hingga ke syurga.. InsyaAllah.. n aku xkan mengharap lg untuk dicintai n mencintai.. aku dah serik.. serik krn org y aku syg milik org..walaupun aku tahu jodoh pertemuan d tentukan sejak azali lg.. untuk mencube tidak sekali-kali.. jika ade jodoh dgn org lain biarla ia hadir dgn sdri.. aku xmahu mencari n lg.. gurisan masih menusuk jauh dbalik  skeping daging merah......